Saturday 2 April 2011

apa itu e-book

Ebook atau Electronic Book adalah istilah untuk buku yang dibuat dalam format elektronik untuk dibaca dilayar komputer. Format file untuk ebook yang umum adalah PDF (Portable Document File) yang dapat dibaca dengan software seperti Adobe Acrobat Reader.

Ingat, E-Book tidak sama dengan Pdf..!!

Selama ini banyak yang menyangka bahwa format Electronic Book (E-Book) pastilah dalam bentuk pdf. Sehingga apapun yang dalam bentuk pdf disebut sebagai e-book. Tidak sepenuhnya salah, tapi juga tidak sepenuhnya benar.




Apa Keuntungan E-Book..??

Beberapa keuntungan
E-Book dibandingkan dengan buku biasa adalah:
  1. Anda dapat mencari kata-kata didalam E-Book dengan kemudahan pencarian.
  2. Tidak memerlukan tempat penyimpanan seperti rak atau almari (kecuali E-Booknya anda print)
  3. Tulisan dapat diperbesar bagi yang susah membaca buku bertulisan kecil
  4. Dengan software tertentu, isi E-Book dapat  "dibaca" dan anda hanya mendengar saja
  5. Lebih murah
  6. Lebih mendukung konsep Global Warming

Tuesday 29 March 2011

e-learning

Pembelajaran elektronik atau e-learning merupakan
salah satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang menggunakan teknologi web
dan Internet bagi menyokong proses P&P konvensional.
Ianya menawarkan pelbagai peluang tambahan bagi
membantu proses P&P dan seterusnya menghasilkan
satu pengajaran yang lebih berkesan dan suasana pembelajaran
yang lebih bermakna.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN


Pengurusan Sistem yang Fleksibel
Pensyarah boleh menetapkan bentuk paparan sistem pembelajaran
mengikut keperluan masing-masing. Tiga bentuk
paparan yang disediakan ialah paparan mengikut minggu,
mengikut tajuk dan paparan mengikut aktiviti sosial.
Perkongsian & Penyaluran Bahan serta Sumber Rujukan
Pelbagai Format
Pensyarah boleh menyalurkan sumber rujukan pelbagai
format (sama ada dalam bentuk teks mudah sehinggalah
kepada persembahan multimedia) kepada pelajar dengan
mudah dan berkesan. Pelajar juga boleh berkongsi bahan
rujukan tambahan dengan pensyarah dan juga rakan-rakan
lain menerusi kemudahan yang disediakan.
Kemudahan Komunikasi
Sistem e-learning juga menyediakan kemudahan komunikasi
yang membolehkan pensyarah berhubung terus dengan
pelajar. Ini boleh dilakukan menerusi kemudahan Forum
dan juga Chat yang disediakan. Pelajar juga boleh berbincang
sesama sendiri atau pun mengutarakan sebarang
soalan kepada pensyarah dengan lebih mudah.
Aktiviti Pembelajaran & Penilaian Pelajar
Pelbagai bentuk aktiviti pembelajaran serta penilaian pelajar
ada disediakan bagi membentuk satu proses P&P yang
lebih aktif. Penilaian juga boleh disediakan sama ada bagi
tujuan penilaian kendiri mahupun bagi tujuan penilaian
sebenar. Kuiz, tugasan, penilaian rakan sekelas dan sebagainya
merupakan antara contoh bentuk penilaian yang
ada disediakan untuk dimanfaatkan oleh pensyarah. Pelajar
juga boleh menghantar tugasan terus kepada pensyarah
menerusi kemudahan yang disediakan. Pensyarah pula
boleh terus menyemak, memberi markah dan memberi
maklumbalas kepada pelajar apabila diperlukan.
Lain-lain Kemudahan
Kemudahan lain yang turut disediakan antaranya ialah jurnal,
kalendar, glossari, survey dan banyak lagi.

Sunday 20 March 2011

Inovasi.....


    Inovasi merupakan:

• Merupakan penghasilan baru
• Berbentuk maujud dan berkesan
• Berdasarkan proses penyusunan semula
• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai..

     Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-

1. Peringkat individu
2. Peringkat organisasi


FAKTOR-FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM PEMBELAJARAN

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif ialah,

1. Pengurusan
2. Komunikasi terbuka
3. Teknologi
4. Penyelesaian masalah
5. Budaya
6. Strategi
7. Kepimpinan dan
8. Pemikiran
Faktor-Faktor Utama Dalam Perkembangan
Pembelajaran Kreatif Dan Inovatif


  ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan, pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi pendidikan.

Tuesday 8 March 2011

journal online...

journal adalah alat untuk mencatat transaksi-transaksi yang terjadi diperusahaan yang dilakukan secara kronologi (berdasarkan urut waktu terjadinya) dengan menunjukan pandangan yang harus didebet . Setiap transaksi yang terjadi dalam perusahaan, sebelum dibukukan kedalam buku besar, harus dicatat dahulu kedalam jurnal, oleh karena itu buku jurnal sering disebut buku catatan pertama (book of original entry)...kini,jounal boleh didapati secara online.ia amat memudahkan urusan penyelidikan,dan pada masa yang sama ,kemudahan ini  juga amat menjimatkan masa dimana pembaca tidak perlu ke sesuatu pusat untuk memperolehinya,malah boleh didapati daripada jaringan internet.

..M-learning..........

pembelajaran masa depan......M-learning..........

Apakah M-Learning? M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses
pembelajaran. Ianya menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses
pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku. Dalam kata mudah, proses pembelajaran boleh dilakukan
dimana-mana sahaja dan  bukannya di kelas semata-mata.


1. M-Learning membantu pelajar meningkatkan kemahiran literasi dan numerik
   untuk mengenalpasti keupayaan sebenar mereka
2. M-Learning boleh digunakan untuk menggalakkan kedua-dua pengalaman
   pembelajaran bebas dan pengalaman pembelajaran perkongsian (collaborative
   learning)
3. M-Learning dapat membantu pelajar mengenalpasti perkara-perkara yang
   memerlukan bantuan dan sokongan
4. M-Learning dapat membantu dalam memperjuangkan penggunaan teknologi
   maklumat dan komunikasi serta dapat membantu mengurangkan jurang di
   antara literasi telefon mudah alih dengan literasi teknologi maklumat
5. M-Learning membantu pelajar menolak beberapa formaliti daripada pengalaman
   pembelajaran
6. M-Learning membantu pelajar dalam mengekalkan fokus pembelajaran untuk
   jangka masa yang lebih panjang
7. M-Learning membantu meningkatkan self-esteem
8. M-Learning membantu meningkatkan keyakinan diri

Tuesday 1 March 2011

Antara laman web pembantu pembelajaran......WIKIPEDIA..

http://www.wikipedia.org
http://josie653.tripod.com/kdp.htm