Tuesday 29 March 2011

e-learning

Pembelajaran elektronik atau e-learning merupakan
salah satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang menggunakan teknologi web
dan Internet bagi menyokong proses P&P konvensional.
Ianya menawarkan pelbagai peluang tambahan bagi
membantu proses P&P dan seterusnya menghasilkan
satu pengajaran yang lebih berkesan dan suasana pembelajaran
yang lebih bermakna.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN


Pengurusan Sistem yang Fleksibel
Pensyarah boleh menetapkan bentuk paparan sistem pembelajaran
mengikut keperluan masing-masing. Tiga bentuk
paparan yang disediakan ialah paparan mengikut minggu,
mengikut tajuk dan paparan mengikut aktiviti sosial.
Perkongsian & Penyaluran Bahan serta Sumber Rujukan
Pelbagai Format
Pensyarah boleh menyalurkan sumber rujukan pelbagai
format (sama ada dalam bentuk teks mudah sehinggalah
kepada persembahan multimedia) kepada pelajar dengan
mudah dan berkesan. Pelajar juga boleh berkongsi bahan
rujukan tambahan dengan pensyarah dan juga rakan-rakan
lain menerusi kemudahan yang disediakan.
Kemudahan Komunikasi
Sistem e-learning juga menyediakan kemudahan komunikasi
yang membolehkan pensyarah berhubung terus dengan
pelajar. Ini boleh dilakukan menerusi kemudahan Forum
dan juga Chat yang disediakan. Pelajar juga boleh berbincang
sesama sendiri atau pun mengutarakan sebarang
soalan kepada pensyarah dengan lebih mudah.
Aktiviti Pembelajaran & Penilaian Pelajar
Pelbagai bentuk aktiviti pembelajaran serta penilaian pelajar
ada disediakan bagi membentuk satu proses P&P yang
lebih aktif. Penilaian juga boleh disediakan sama ada bagi
tujuan penilaian kendiri mahupun bagi tujuan penilaian
sebenar. Kuiz, tugasan, penilaian rakan sekelas dan sebagainya
merupakan antara contoh bentuk penilaian yang
ada disediakan untuk dimanfaatkan oleh pensyarah. Pelajar
juga boleh menghantar tugasan terus kepada pensyarah
menerusi kemudahan yang disediakan. Pensyarah pula
boleh terus menyemak, memberi markah dan memberi
maklumbalas kepada pelajar apabila diperlukan.
Lain-lain Kemudahan
Kemudahan lain yang turut disediakan antaranya ialah jurnal,
kalendar, glossari, survey dan banyak lagi.

0 comments:

Post a Comment