Tuesday 8 March 2011

pembelajaran masa depan......M-learning..........

Apakah M-Learning? M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses
pembelajaran. Ianya menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses
pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku. Dalam kata mudah, proses pembelajaran boleh dilakukan
dimana-mana sahaja dan  bukannya di kelas semata-mata.


1. M-Learning membantu pelajar meningkatkan kemahiran literasi dan numerik
   untuk mengenalpasti keupayaan sebenar mereka
2. M-Learning boleh digunakan untuk menggalakkan kedua-dua pengalaman
   pembelajaran bebas dan pengalaman pembelajaran perkongsian (collaborative
   learning)
3. M-Learning dapat membantu pelajar mengenalpasti perkara-perkara yang
   memerlukan bantuan dan sokongan
4. M-Learning dapat membantu dalam memperjuangkan penggunaan teknologi
   maklumat dan komunikasi serta dapat membantu mengurangkan jurang di
   antara literasi telefon mudah alih dengan literasi teknologi maklumat
5. M-Learning membantu pelajar menolak beberapa formaliti daripada pengalaman
   pembelajaran
6. M-Learning membantu pelajar dalam mengekalkan fokus pembelajaran untuk
   jangka masa yang lebih panjang
7. M-Learning membantu meningkatkan self-esteem
8. M-Learning membantu meningkatkan keyakinan diri

0 comments:

Post a Comment